Isnin, 31 Disember 2012

BIDANG TUGAS PANATIA KAJIAN TEMPATAN




TUGAS  KETUA  PANITIA  KAJIAN TEMPATAN

1.        Menyusun dan menyelaras jadual pengajaran dan pembelajaran.
2.        Mempengerusikan mesyuarat organisasi Kajian Tempatan.
3.        Menentukan penggunaan sukatan mata pelajaran Kajian tempatan yang dikemaskini.
4.        Menentukan penggunaan ABM di dalam pengajaran dan Pembelajaran.
5.        Menyelaras penyemakan buku latihan murid.
6.        Menyelaraskan penyediaan kertas-kertas soalan ujian Kajian Tempatan.
7.        Merancang dan memastikan pelaksanaan dan perjalanan kursus dalaman       ( Kursus Perkembangan Staf dan lain-lain ).
8.        Menyelaras perancangan anggaran belanjawan tahunan Panitia Kajian Tempatan.
9.        Merancang progran tahunan kurikulum dan ko-kurikulum Kajian Tempatan.
10.     Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan kelancaran program yang dirancang oleh Panitia Kajian Tempatan.
11.     Memesan bahan atau alat bantu mengajar yang berkaitan dengan Kajian Tempatan.
12.     Bertanggungjawab menyelaras stok ( Harta modal, Inventori, dan Bekalan pejabat ) dengan memastikan kesemuanya dalam keadaan kemaskini.



TUGAS  GURU  PANITIA KAJIAN TEMPATAN


1.          Bertanggungjawab membantu ketua panitia dalam mengatur jadual penggunaan bahan bantu mengajar.
2.          Bertanggungjawab memastikan setiap program yang dirancang oleh panitia berjalan dengan lancar.
3.          Memastikan penyusunan dan penyenggaraan alatan dan bahan bantu mengajar dilaksanakan.
4.          Bertanggungjawab terhadap keceriaan dan pengisian papan kenyataan panitia dengan bahan-bahan yang bersesuaian.
5.          menyenggara dan membaikpulih alat bantu mengajar.
6.          menceriakan makmal/ bengkel
7.          merekod buku keluar masuk alatan/ bahan.
8.          memastikan semua alatan mencukupi sebelum dan selepas pengajaran.
9.          membantu ketua panitia merancang dan mengendalikan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum sepanjang tahun.



TUGAS  KETUA  DARJAH


1.         Membantu guru mengendalikan aktiviti kelas.
2.         Memastikan murid mematuhi peraturan, disiplin sebelum ,semasa dan selepas Pembelajaran di bengkel.
3.         Memastikan semua alatan cukup dan dikembalikan ke tempat asal.
4.         Memastikan bengkel berkeadaan bersih dan selamat sebelum meninggalkan waktu Pembelajaran berakhir.
5.         Melaporkan segera kepada guru jika berlaku kecemasan dan kemalangan.



TUGAS  PENOLONG  KETUA  DARJAH

1.       Membantu ketua darjah menjalankan tugasnya.
2.       Mengambil alih tugas ketua darjah semasa ketiadaannya.



TUGAS KETUA KUMPULAN


1.        Memastikan tugas-tugas kumpulan dipatuhi dan dilaksanakan dengan sempurna.
2.        Mengambil dan memulangkan alatan atau bahan yang diarahkan oleh guru.
3.        Memastikan projek dapat disiapkan mengikut langkah-langkah kerja dan langkah-langkah  keselamatan.
4.        Memastikan meja kerja dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan bersIh, kemas dan selamat selepas aktiviti dijalankan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan