TUGAS KETUA
PANITIA KAJIAN TEMPATAN
1.
Menyusun dan
menyelaras jadual pengajaran dan pembelajaran.
2.
Mempengerusikan
mesyuarat organisasi Kajian Tempatan.
3.
Menentukan
penggunaan sukatan mata pelajaran Kajian tempatan yang dikemaskini.
4.
Menentukan
penggunaan ABM di dalam pengajaran dan Pembelajaran.
5.
Menyelaras
penyemakan buku latihan murid.
6.
Menyelaraskan
penyediaan kertas-kertas soalan ujian Kajian Tempatan.
7.
Merancang dan
memastikan pelaksanaan dan perjalanan kursus dalaman ( Kursus Perkembangan Staf dan lain-lain
).
8.
Menyelaras
perancangan anggaran belanjawan tahunan Panitia Kajian Tempatan.
9.
Merancang progran
tahunan kurikulum dan ko-kurikulum Kajian Tempatan.
10.
Bertanggungjawab
terhadap pengurusan dan kelancaran program yang dirancang oleh Panitia Kajian
Tempatan.
11.
Memesan bahan
atau alat bantu mengajar yang berkaitan dengan Kajian Tempatan.
12.
Bertanggungjawab
menyelaras stok ( Harta modal, Inventori, dan Bekalan pejabat ) dengan
memastikan kesemuanya dalam keadaan kemaskini.
TUGAS GURU
PANITIA KAJIAN TEMPATAN
1.
Bertanggungjawab
membantu ketua panitia dalam mengatur jadual penggunaan bahan bantu mengajar.
2.
Bertanggungjawab
memastikan setiap program yang dirancang oleh panitia berjalan dengan lancar.
3.
Memastikan
penyusunan dan penyenggaraan alatan dan bahan bantu mengajar dilaksanakan.
4.
Bertanggungjawab
terhadap keceriaan dan pengisian papan kenyataan panitia dengan bahan-bahan
yang bersesuaian.
5.
menyenggara dan
membaikpulih alat bantu mengajar.
6.
menceriakan
makmal/ bengkel
7.
merekod buku
keluar masuk alatan/ bahan.
8.
memastikan semua
alatan mencukupi sebelum dan selepas pengajaran.
9.
membantu ketua
panitia merancang dan mengendalikan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum
sepanjang tahun.
TUGAS KETUA DARJAH
1.
Membantu guru
mengendalikan aktiviti kelas.
2.
Memastikan murid
mematuhi peraturan, disiplin sebelum ,semasa dan selepas Pembelajaran di
bengkel.
3.
Memastikan semua
alatan cukup dan dikembalikan ke tempat asal.
4.
Memastikan
bengkel berkeadaan bersih dan selamat sebelum meninggalkan waktu Pembelajaran
berakhir.
5.
Melaporkan segera
kepada guru jika berlaku kecemasan dan kemalangan.
TUGAS PENOLONG KETUA
DARJAH
1.
Membantu ketua
darjah menjalankan tugasnya.
2.
Mengambil alih
tugas ketua darjah semasa ketiadaannya.
TUGAS KETUA KUMPULAN
1.
Memastikan
tugas-tugas kumpulan dipatuhi dan dilaksanakan dengan sempurna.
2.
Mengambil dan
memulangkan alatan atau bahan yang diarahkan oleh guru.
3.
Memastikan projek
dapat disiapkan mengikut langkah-langkah kerja dan langkah-langkah keselamatan.
4.
Memastikan meja
kerja dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan bersIh, kemas dan selamat
selepas aktiviti dijalankan.